Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu PPE tak cukup antara pekerja pembersihan dengan syarikat konsesi - KKM

Aduan pekerja pembersihan hospital yang mendakwa tidak dibekalkan sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi adalah isu dalaman antara mereka dengan majikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata Kementerian Kewangan (KKM) telah pun menasihati syarikat konsesi pembersihan hospital untuk mengambil "langkah drastik" bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Ia tidak libatkan KKM, ia libatkan pemegang konsesi iaitu syarikat tersebut.

"Jadi mereka (pekerja pembersihan) patut berbincang dengan syarikat dan bukannya KKM, kerana khidmat daripada pemegang konsesi. Apa yang patut mereka lakukan adalah mengadakan pertemuan dengan syarikat itu, bukan kementerian.

"Tetapi kementerian memantau isu tersebut dan kita telah nasihatkan syarikat agar ambil tindakan drastik untuk menyelesaikannya secepat mungkin," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Apa yang paling penting, katanya, perkhidmatan di hospital tidak terganggu seperti yang dipersetujui dalam kontrak mereka dengan syarikat konsesi.

“Pada akhirnya, kementerian sedang meneliti perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat.

"Sekiranya ada gangguan maka tindakan akan diambil dalam hal perjanjian kontrak antara Kementerian Kesihatan dan syarikat konsesi," kata Noor Hisham.

Pada 2 Jun, menahan lima ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS), termasuk setiausaha eksekutifnya M Saraswathy, ketika mengadakan bantahan terhadap majikan Edgenta UEMS.

NUWHSAS mewakili ahli para pekerja pembersihan di hospital kerajaan di negeri utara Semenanjung Malaysia.

Di antara keluhan mereka ialah dakwaan pekerja pembersihan tidak dibekalkan PPE yang mencukupi ketika membersihkan wad Covid-19, sehingga berisiko besar mendapat jangkitan.

Sementara itu, Noor Hisham berkata KKM tidak mengalami sebarang gangguan dalam perkhidmatan lain sejak usaha memerangi Covid-19 dijalankan.

Beliau berkata KKM, mengoptimumkan sumber untuk meneruskan perkhidmatan lain seperti biasa, seperti memindahkan jabatan ortopedik dan pembedahan ke hospital daerah.

“Oleh itu, perkhidmatan berterusan, terutama untuk pesakit barah dan perkhidmatan kecemasan. Tidak ada gangguan sama sekali. Malah klinik kesihatan ibu dan anak masih diteruskan.

"Kami menasihati mereka yang mempunyai temujanji untuk tampil dan meneruskan rawatan di klinik kami," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS