Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AirAsia bakal hentikan pekerja bagi kecilkan operasi
Diterbitkan:  Jun 4, 2020 9:28 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Seramai lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, pemberhentian yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman tengah hari tadi, dijangka melibatkan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

“Kesemua yang akan terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. AirAsia juga menjanjikan pampasan kepada semua yang terlibat,” menurut laporan tersebut.

Selain tidak mempunyai pelbagai pilihan dalam memastikan AirAsia terus beroperasi seperti sebelum ini, Riad berkata penstrukturan semula organisasi dilihat sebagai alternatif yang boleh diambil buat masa ini kerana situasi yang dihadapi kini adalah amat sukar.

Laporan itu turut menyatakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X turut akan melakukan pengurangan tenaga kerja, termasuk pekerja asing.

Bagaimanapun, tiada jumlah sebenar petugas yang diumumkan dan pemberhentian tersebut bakal melibatkan tenaga kerja pelbagai sektor termasuk pengurusan, operasi, kru dan juruterbang.

- Bernama 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS