Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof hari ni menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang media khas di kediamannya di Kajang hari ini, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa beliau percaya terdapat kumpulan tertentu yang mahu gugat kestabilan politik negara dengan menyebarkan spekulasi tersebut .

“Sekali lagi saya ulangi saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan," katanya.

Ahli parlimen Alor Gajah itu juga menegaskan beliau akan kekal bekerjasama dalam kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mantapkan negara.

Pada 29 Mei lalu, bertiup khabar angin mendakwa Mohd Redzuan ingin meletakkan jawatan dan mencetuskan tanda tanya terhadap nasib kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin. 

Bagaimanapun beliau - yang kalah dalam pemilihan ketua Bersatu bahagian Masjid Tanah kepada Mas Ermieyati Samsudin pada Februari lalu - menafikan berita berkenaan.

Mohd Redzuan berkata beliau yakin dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin.

“Saya yakin (kerajaan dipimpin Muhyiddin) dan dengan apa yang kita ada selama ini.

“Tidak perlu orang lain nak politikkan keadaan semasa dan bersama kita bantu negara bagi menghadapi pasca Covid-19,” katanya lagi.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS