Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sudah hampir setengah tahun 2020, tiada satu pun laporan audit berkenaan perbelanjaan kerajaan bawah kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikemukakan.

Secara konvensyen, semua laporan audit lengkap mestilah disediakan untuk dilapor dan diluluskan di peringkat parlimen setiap suku pertama setiap tahun.

Dokumen laporan-laporan audit tahun 2019 hendaklah disediakan dan dilaporkan serta dibentangkan dalam masa tiga bulan pada tahun berikutnya.

Kegagalan pematuhan ini telah menjejaskan dengan teruk integriti pengurusan kewangan negara.

Ketelusan awam atau public accountability sangat menjadi persoalan.

Bagaimana aspek accountabiliti ini harus dipertahankan, sedangkan pelbagai peruntukan dan perbelanjaan baru serta segera dan kecemasan telah dilakukan.

Ditambah pula dengan pelbagai lantikan baru mengetuai agensi yang penting di kalangan ahli-ahli politik tanpa mengira latar belakang hanya terpandang seakan memberi habuan dan kepentingan mengukuhkan kedudukan politik semata-mata, dan mengenepikan aspek kepentingan kebertanggungjawaban awam.

Kebanyakan negara Komanwel malah negara jiran seperti Singapura sangat mengambil berat tanggungjawab ini meskipunidalam suasana melawan Covid-19.

Bagaimanakah kerajaan boleh mempertahankan integriti ini di mata awam sekiranya perkara ini berlanjutan tanpa ikhtiar untuk melunaskan kewajipan peraturan dan undang-undang pengurusan dan pentadbiran kewangan negara.


AZAN ISMAIL ialah pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS