Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Syarikat penerbangan Jerman mahu buang 22,000 pekerja
Diterbitkan:  Jun 12, 2020 1:15 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa akan mengurangkan 22,000 pekerjaan dalam usaha menangani masalah penurunan jumlah penerbangan disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis.

Syarikat penerbangan itu meramalkan permintaan yang perlahan selepas krisis dan hanya akan menggunakan kira-kira 100 pesawat.

Lufthansa berkata separuh pengurangan pekerjaan adalah di Jerman dan syarikat juga berharap langkah itu dapat dipersetujui kesatuan pekerja menjelang 22 Jun.

"Langkah itu bertujuan membuka jalan untuk mengekalkan sebanyak mungkin pekerjaan di Lufthansa Group," kata syarikat berkenaan.

Syarikat penerbangan itu mengupah lebih 135,000 kakitangan di seluruh dunia, separuh daripadanya berada di Jerman.

- Bernama

Lihat Komen
ADS