Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 ‘cacamerba’ kerana Dr M dan Anwar, kata MB Kedah
Diterbitkan:  Jun 12, 2020 1:41 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Menteri Besar Kedah Mohammad Sanusi Md Nor berkata Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim patut bersara daripada politik.

“Saya yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini, politik negara akan menjadi bertambah baik dan aman,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Sik kelmarin.

Harakahdaily melaporkan beliau sebagai berkata politik Malaysia menjadi “cacamerba” dan rakyat “hidup dalam suasana bercakaran” angkara dua tokoh politik tersebut.

Lapor akhbar web PAS itu, “permusuhan” telah bermula tatkala Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke empat lagi.

“(Sudah) 20 tahun lebih, pelbagai masalah timbul angkara dua pemimpin ini.

“Sewajarnya mereka tiada dalam lanskap politik Malaysia. Sudah tiba masanya masa depan negara dipimpin oleh orang lain,” jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Lihat Komen
ADS