Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat lelaki Indonesia ditemui dengan kesan tetakan di Segambut

Mayat lelaki warga Indonesia ditemui terbaring dengan kesan tetakan di Jalan Segambut Gate di Kuala Lumpur berhampiran sebuah sekolah memandu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata pihaknya menerima makluman orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada 8.20 pagi.

“Hasil siasatan, polis menemui beberapa kesan tetakan di bahagian leher, muka dan badan mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada saksi yang tampil memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dilakukan esok,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS