Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syarikat pengedar DVD umum tutup operasi
Diterbitkan:  Jun 14, 2020 5:12 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Setelah tiga bulan operasi dihentikan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Speedy Video Distributors Sdn Bhd hari ini mengumumkan penutupan operasi syarikat itu di seluruh negara.

Mengumumkan perkara itu di Facebooknya, keputusan itu diambil berikutan permintaan terhadap perkhidmatan streaming dan muat turun digital.

Syarikat itu juga mengumumkan jualan penutup dan promosi untuk pelbagai jenis DVD, Blu Rays dan lain-lain.

"Pelanggan yang dihormati, syarikat kami dengan sedih mengumumkan bahawa kami akan menutup semua kedai kami tidak lama lagi.

"Semua kedai pada masa ini sedang mengadakan jualan penutup. Sila datang dan kunjungi kami untuk menikmati promosi terakhir!

"Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Tolong kongsikan hantaran ini untuk kami, "kata syarikat itu dalam catatannya.

Walaupun banyak perniagaan dibenar meneruskan operasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) -  beberapa jenis perniagaan yang lebih kecil atau di sektor yang terjejas teruk - terpaksa ditutup secara kekal.

Speedy menyenaraikan 14 kedai yang masih beroperasi di seluruh negara dan kedai-kedai ini akan menawarkan jualan penghabisannya.

Lihat Komen
ADS