Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG mohon prosiding hina mahkamah pada Mkini kerana komen pembaca
Diterbitkan:  Jun 16, 2020 5:52 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Nota editor: Malaysiakini tidak menyediakan ruangan komen di bawah berita ini atas nasihat peguam.


Peguam Negara Idrus Harun memfailkan permohonan ex-parte untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua editornya.

Permohonan itu, yang difailkan semalam, dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi esok.

Dalam afidavitnya, Idrus berkata permohonan untuk prosiding komital itu berkaitan komen dalam artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” .

Mengetengahkan lima komen, Idrus berkata komen-komen dirujuk dengan jelas membawa maksud badan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

“Komen-komen tersebut menggugat keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan secara nyata berniat menjatuhkan nama baik pentadbiran keadilan oleh badan kehakiman,” tambahnya.

Sementara itu, Bukit Aman hari ini turut merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkaitan dakwaan itu.

Kes itu disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Kanun Keseksaan.

Gan berkata Malaysiakini bekerjasama dengan polis dan akan merujuk peguam berkaitan kes menghina mahkamah itu.

[Baca berita asal]

ADS