Kastam JB rampas buku Sybil Kathigasu
Dua puluh nashkah buku Faces of Courage yang baru diterbitkan, telah dirampas oleh pihak kastam di Tambak Johor Jumaat lalu.
Dua puluh nashkah buku Faces of Courage yang baru diterbitkan, telah dirampas oleh pihak kastam di Tambak Johor Jumaat lalu.
Buku tersebut yang merupakan penerokaan sejarah mengenai Sybil Kathigasu (foto) yang dianggap sebagai serikandi legenda Perang Dunia Kedua diterbitkan oleh syarikat penerbitan Singapura Media Masters.
Buku tersebut juga turut memuatkan esei pendek bertajuk 'Sybil Kathigasu's No Dram of Mercy' tulisan Chin Peng dan sebuah lagi laporan penyiasatan oleh editor veteran Australia Norma Miraflor dan wartawan Ian Ward.
Nashkah yang dirampas itu, yang dibawa oleh penulis ini, adalah untuk diberikan kepada pengulas buku media alternatif di Malaysia, termasuk
malaysiakini
. Akhbar pro-kerajaan
New Straits Times
telahpun menyiarkan ulasan buku setebal 240 halaman itu pada 7 Mei lalu.
Walaupun buku tersebut telahpun dihantar kepada Kementerian Halehwal Dalam Negeri untuk kelulusan pada 31 Mac lalu, tetapi sehingga ini tiada keputusan dibuat. Buku tersebut, bagaimanapun, belum diharamkan secara rasmi.
Menurut Ian Ward penerbit penulis bersama buku Faces of Courage pihak kementerian berkenaan telahpun selesai menyemak buku tersebut dan tiada sebarang bantahan terhadap kandungannya, tetapi keputusan belum dibuat sama ada ia boleh diedar untuk jualan di Malaysia.
Buku Faces of Courage kini boleh diperolehi di Singapura.
Syarikat penerbitan Media Masters juga menerbitkan buku tulisan Chin Peng My Side of History pada 2003.
Buku hilang
Penghantaran 900 nashkah buku My Side of History telah dirampas oleh pihak kastam Malaysia di Tambak Johor pada 29 Ogos 2003.
Sebahagian daripada buku tersebut dilaporkan hilang ketika ianya dipulangkan. Beberapa hari kemudiannya 17 buku Chin Peng itu dirampas dari sebuah kedai buku di Kuala Lumpur oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Bagaimanapun, kata Ian Ward, buku yang dirampas itu tidak dipulangkan walaupun kementerian berkenaan kemudiannya menjelaskan bahawa buku
My Side of History
, tidak diharamkan dan tidak ada sekatan terhadap pengedarannya di Malaysia.
Beberapa hari selepas penjelasan kementerian berkenaan, syarikat penerbitannya di Singapura telah menghantar bekalan lebih 1,000 buku tersebut yang bernilai RM50,000 ke Kuala Lumpur dari gudangnya di republik tersebut.
Bagaimanapun, kesemua bekalan tersebut "telah hilang" sebelum ia sampai ke Kuala Lumpur. Satu laporan polis telah dibuat oleh agen penghantarannya.
Pada masa itu, pihak polis menyatakan seorang lelaki telah ditahan berhubung kecurian tersebut. Bagaimanapun, selepas itu tiada sebarang berita mengenainya. Terjemahan


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.