Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes pecah amanah: Bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen didakwa hari ini

Seorang bekas eksekutif akaun di Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli keluarganya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan pecah amanah melibatkan kerugian RM2.6 juta.

Menurut senarai mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim-Hakim Hasbullah Adam, Sabariah Othman dan Ahmad Kamal Arifin Ismail pada 9 pagi ini.

Wanita itu dijangka berdepan 155 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Wanita itu telah meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.

Audit tersebut mendapati suspek telah melakukan beberapa perbuatan pecah amanah dan pengambilan aset tunai tanpa kebenaran ahli lembaga pemegang amanah.

Kes itu kemudian dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS