Nazri: Dakwaan Syed Aidid palsu
Siasatan Pejabat Peguam Negara mendapati dakwaan dalam surat yang ditulis oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Aidid adalah palsu, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
Siasatan Pejabat Peguam Negara mendapati dakwaan dalam surat yang ditulis oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Aidid adalah palsu, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
Beliau menyifatkan surat itu sebagai "tidak bertanggungjawab dan tidak lebih daripada surat layang semata-mata'.
"Itulah hasil siasatan Pejabat Peguam Negara terhadap surat Datuk Syed Aidid itu. Setelah disiasat baru beliau mengakui menulis surat tersebut," katanya ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Jelutong) yang ingin tahu mengenai hasil siasatan pihak berkuasa terhadap surat yang ditulis Syed Aidid.
Karpal berkata, institusi kehakiman amat penting kepada rakyat dan negara dan kerana itu ia perlu bebas dan telus.
Kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mempersoalkan mengapa begitu banyak senarai pengundi hantu dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Nazri berkata, bukan tugas SPR menyiasat orang yang datang mendaftar, bukan pengundi hantu.
Pengundi hantu
Sebaliknya, kata Nazri, ia merupakan tanggungjawab badan-badan lain kerana tugas SPR ialah mendaftarkan nama pengundi.
Teresa juga ingin tahu bagaimana pengundi hantu masih ada dalam senarai pemilih SPR sedangkan suruhanjaya itu berkali-kali mengatakan ia bebas daripada pengundi hantu.
Ahli Parlimen Seputeh itu juga memberikan contoh bagaimana terdapat ramai pengundi yang menggunakan alamat rumah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Nazri secara berseloroh menjawab, semua pengundi hantu di dalam rumah itu adalah dibawa oleh PKR.
Sementara itu, sewaktu sesi soal-jawab itu, Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP mengingatkan Nazri supaya tidak mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilakukan sebelum ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.