Malaysiakini
BERITA

P'raya umum tergempar jalan terbaik selesai isu politik - Mahdzir

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Jun 2020, 1:53 tengahari

Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah ahli parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid.

“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli parlimen kerajaan berapa, ahli parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli parlimen.

“Saya sebagai ahli parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di Kuala Nerang hari ini.

Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.

Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.