Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KKM: Punca kematian warga India di depoh imigresen tunggu ujian makmal

Kementerian Kesihatan telah melakukan bedah siasat terhadap jenazah seorang pelancong India yang meninggal di depoh tahanan Jabatan Imigresen di Bukit Jalil minggu lalu, beberapa hari selepas dia selesai menjalani rawatan untuk Covid-19.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, mereka belum dapat mengesahkan punca kematian mangsa sementara menunggu laporan makmal.

"Tetapi kita sekarang telah laksana post mortem, dapati ada kesan-kesan iaitu consolidation, kesan samping daripada jangkitan radang paru-paru.

"Dan mungkin ada sebab-sebab lain kematian seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

"Jadi sekarang ini dah laksanakan swab untuk bakteria dan sebagainya kita hantar makmal

"Kita tunggu keputusan tersebut. Jadi faktor dia punca kematian kena pastikan mungkin dia poisitif Covid-19 tapi punca kematian mungkin bukan Covid-19.

"Jadi sehingga kita dapat laporan rasmi daripada Jabatan Forensik baru kita boleh maklum punca kematian," kata Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan mengenai kematian seorang warganegara India berusia 67 tahun yang meninggal dunia di Depoh Imigresen Bukit Jalil.

Mangsa dikenali sebagai Zeawdeen Kadar Masdan, berasal dari Chennai. Keluarganya mengetahui tentang kematian itu melalui laporan berita pada 14 Jun dan sehari kemudian, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur mengesahkan si mati ialah Zeawdeen.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS