Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Singapura adakan PRU 10 Julai
Diterbitkan:  Jun 23, 2020 4:53 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Di sebalik kebimbangan berkenaan penularan Covid-19, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan mengumumkan pilihan raya umum republik itu akan diadakan pada 10 Julai ini.

Menurut Reuters, Lee berkata beliau berpuas hati dengan pengundian boleh diadakan dengan selamat dan parti politik dapat berkempen secara efektif.

"Saya membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya sekarang.

"Kita masih di tengah-tengah wabak Covid-19, jadi ia bukan kempen pilihan raya yang biasa," kata Lee seperti dipetik Reuters.

Penamaan calon ditetapkan pada 30 Jun.

Singapura perlu mengadakan pilihan raya sebelum April 2021, bagaimanapun sebelum ini ada spekulasi bahawa ia akan diadakan lebih cepat.

Sejumlah parti pembangkang mengatakan pilihan raya tidak perlu diadakan sekarang kerana ia mengganggu tumpuan kerajaan dalam menangani Covid-19, selain mendedahkan orang awam terhadap penularannya.

Bagaimanapun, menurut laporan itu Lee berkata keadaan telah menjadi stabil dan kerajaannya memerlukan mandat baru.

Korea Selatan telah mengadakan pilihan raya pada April lalu, manakala Serbia pada 21 Jun lalu.

Lihat Komen
ADS