Nazri perjelas pada kabinet tindakan kerasnya mengkritik Dr M
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz terpaksa menjelaskan kepada kabinet mengenai tindakan beliau mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz terpaksa menjelaskan kepada kabinet mengenai tindakan beliau mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kerajaan.
Ini berikutan, dalam mesyuarat kabinet hari ini, beberapa orang menteri telah meminta penjelasan daripada Nazri mengenai kenyataan kerasnya terhadap Dr Mahathir semalam.
Nazri menjelaskan, beliau mengambil tindakan 'menyerang balas' terhadap Dr Mahathir kerana mempertahankan maruah dirinya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan dan Umno.
Bagaimanapun, katanya, Abdullah menegaskan bahawa beliau berhak berbuat demikian selaku seorang anggota kabinet dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Nazri memberitahu demikian dalam satu sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
"Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengkritik tindakan saya menyerang balas Tun Dr Mahathir," katanya lagi.
Nazri berkata, sebagai menteri kabinet beliau berhak untuk mempertahankan kerajaan dari sebarang kritik Dr Mahathir dan pihak lain.
'Boleh dengar nasihat'
Katanya, beliau boleh berdamai dengan bekas Presiden Umno itu jika Dr Mahathir mahu berbuat demikian.
"Saya juga boleh mendengar nasihat Tun Dr Mahathir kerana saya bukanlah orang yang tidak boleh mendengar nasihat," katanya sambil menambah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Nazri menjelaskan pembatalan Jambatan Bengkok adalah keputusan kabinet dan bukannya keputusan Abdullah atau Najib.
Katanya, kedua-dua mereka tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan pembinaan jambatan itu kerana ia kuasa jemaah menteri.
Nazri berkata, Dr Mahathir boleh berkata beliau melakukan banyak pembangunan kepada negara tetapi ini bukan bermakna beliau bebas berbuat apa sahaja.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.