Penerbangan Malaysia (MAS) akan menjualkan bangunan ibupejabatnya di pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan harga RM130 juta untuk mendapatkan sumber kewangan.

Bangunan 35 tingkat itu akan dijual kepada syarikat induknya milik kerajaan, Permodanan Nasional Berhad, katanya dalam satu kenyataan.

MAS berkata, hasil jualan tersebut akan membantu usaha syarikat penerbangan itu untuk memperbaiki kedudukan kewangan yang genting dan seterusnya mencatat keuntungan semula.

Nilai bersih bagi bangunan ibupejabat tersebut ialah RM81.2 juta pada akhir bulan Disember 2005, katanya.

"Apabila selesai urusan penjualan tersebut, MAS akan memperolehi kira-kira RM46 juta," katanya, selepas ditolak cukai dan perbelanjaan lain.

RM50 juta pada 2007?

MAS telah melancarkan rancangan pemulihan RM4 bilion pada Mac lalu selepas mengalamia kerugian RM1.3 bilion pada 2005.

Ia bertujuan mengurangkan kerugian tahun ini kepada RM620 juta, sebelum mencatat keuntungan RM50 juta pada 2007 dan seterusnya mensasarkan perolehan RM500 juta pada 2008.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan itu, , MAS juga menyerahkan kesemua laluan domestik, kecuali 19 laluan utama, kepada syarikat tambang murah AirAsia, serta mengurangkan 20 peratus daripada 23,000 kakitangannya melalui skim Skim Pelepasan Sepakat (MSS).

- AFP