Malaysiakini
BERITA

Usul singkir speaker: Terpulang Dewan Rakyat putuskan - Ariff

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Jun 2020, 10:04 pagi

Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Beliau berkata turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker juga ditamatkan.

Mohamad Ariff berkata kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

“Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas perlembagaan.

"Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi,” katanya ringkas.

Sementara itu Nga yang juga Ahli Parlimen Telok Intan mengesahkan usul tersebut dibawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun) lepas.

Nga sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan parlimen.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.