mk-logo
Berita
Undi percaya PM: Pejabat speaker terima beberapa usul

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan sudah menerima beberapa usul yang dihantar, ketika ditanya mengenai kemungkinan pembentangan undi percaya dan undi tidak percaya pada sidang parlimen bulan hadapan.

"Semua usul akan diterima mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dan amalan biasa Dewan, tanpa apa-apa prasangka, bebas dan tanpa berpihak.

"Usul-usul ini akan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat mengikut amalan biasa Dewan untuk pengetahuan umum.

"Boleh rujuk kepada pembentang-pembentang notis usul untuk kepastian dan butiran lanjutan," kata pejabat speaker.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas soalan Malaysiakini mengenai status usul tidak percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin oleh MP Langkawi Dr Mahathir Mohamad serta usul percaya Muhyiddin yang dibawa oleh PAS.

Bagaimanapun, apabila diminta penjelasan, pejabat speaker enggan mengulas lanjut mengenai kenyataannya yang bersifat umum itu.

PAS telah mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dibentang dan dibahaskan dalam sidang parlimen yang akan bermula 13 Julai depan, kata

Malam tadi, Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata parti itu telah mengemukakan usul undi percaya kepada Muhyiddin Yassin dibentang dan dibahaskan dalam sidang parlimen yang akan bermula 13 Julai depan,

Menurutnya, usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercyaaan terhadap Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

Pada Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya akan membawa ‘usul undi percaya’ dalam Dewan Rakyat yang ketika itu sebelum wabak Covid-19 dijadualkan berlangsung Mac.

Usul PAS itu bagi menyokong agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac susulan rampasan kuasa politik yang meruntuhkan kerajaan PH.

Selepas PH tumbang, Mahathir mengumumkan akan memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan telah diterima Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Pada awal Mei, Mahathir memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin setelah presiden Bersatu itu terlibat dalam Langkah Sheraton pada 23 Februari yang membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam usulnya, Mahathir mengatakan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti Dewan Rakyat.

Usul itu ditangguhkan ke persidangan Julai, selepas persidangan sehari pada 18 Mei hanya menampilkan titah pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Usul itu mungkin sekali lagi tidak akan dibentangkan pada persidangan Julai kerana ia biasanya mengutamakan agenda yang dibawa oleh kerajaan.

Kerajaan dijangka membentangkan RUU Covid-19 (Langkah-langkah Sementara) pada sidang akan datang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS