Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kes demam denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan sebanyak 22 peratus bagi tempoh Januari hingga 27 Jun lepas kepada 1,498 kes berbanding 1,228 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi pada 1,263 kes, diikuti Rembau (56), Port Dickson (55), Jempol dan Tampin masing-masing 43 kes, dan Kuala Pilah serta Jelebu, masing-masing 19 kes.

“Untuk minggu ke-26 iaitu dari 21 hingga 27 Jun, sebanyak 82 kes direkodkan di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata tiada kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu itu, menjadikan jumlah kes kematian kekal enam orang atau 0.4 peratus daripada keseluruhan kes setakat ini.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan 30 lokaliti masih aktif dan kesemuanya di Seremban.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan diteruskan pada masa ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan.

"Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan di kawasan premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes, sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS