Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: Prosiding habis awal supaya Najib boleh kempen PRK Chini

KES 1MDB NAJIB | Perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion membabitkan Najib Razak berakhir awal hari ini untuk membolehkan bekas perdana menteri itu membantu dalam kempen pilihan raya kecil Chini yang sedang berlangsung.

Perbicaraannya untuk hari esok juga telah dikosongkan untuk membolehkan ahli parlimen Pekan itu membantu BN berkempen dalam pengundian PRK yang dijadualkan pada hari Sabtu ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding hari ini.

Hal ini menurut Shafee kerana kerusi DUN Chini berada di dalam kawasan Pekan, yang mana Najib ialah anggota parlimennya.

Peguam itu berkata jadual program kempen Najib penuh, bermula sekitar jam 6 petang hari ini sehingga tengah malam dan kemudian esok Najib perlu berada di Pekan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.

Katanya, Najib akan mempunyai program penuh mulai sehingga Jumaat minggu ini, dengan esok tertuduh perlu menghadiri program pada jam 9 pagi di sebuah perkampungan Orang Asli di Pahang dan berterusan sehingga jam 12 tengah malam.

Shafee berkata pada hari Jumaat, Najib akan bermalam di Pekan sehingga sepanjang hari untuk membantu jentera pilihan raya di sana.

"Saya dimaklumkan pilihan raya kecil Chini sangat penting kerana faktor calon. Pengundi mungkin menganggapnya sambil lewa dan tidak keluar pengundi.

"Oleh itu, sangat penting bagi anak guam saya untuk berada di kawasan (Pekan) bagi memberikan sokongan untuk membuat mereka (pengundi) keluar," kata Shafee.

"Kehadirannya (Najib dalam kempen itu penting kerana Chini berada di bawah kerusi parlimen Pekan, di mana terdapat (keseluruhannya) empat kerusi DUN.

"Juga untuk urusan pilihan raya di Pahang, beliau perlu hadir pada malam ini," kata Shafee.

Sequerah kemudian mengizinkan permohonan Shafee untuk prosiding berakhir lebih awal antara pukul 1.30 hingga 2 petang hari ini, supaya membolehkan Najib memenuhi tugas berkanunnya berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.

Beliau juga membenarkan perbicaraan esok dikosongkan dan perbicaraan 1MDB disambung pada 15 Julai minggu depan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS