Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengerusi JK p’raya parlimen bangkitkan status pengerusi SPR
Diterbitkan:  Jul 2, 2020 6:31 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Jawatankuasa pilihan khas parlimen berkaitan pilihan raya membangkitkan isu berkaitan kedudukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun yang dikatakan telah meletakkan jawatan.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh bertanya kenapa tindakan itu diambil, jika ia benar berlaku.

“Sehingga sekarang, ia terus menjadi tanda tanya.

"Mengapakah Azhar meletakkan jawatan sedangkan tempoh perkhidmatan beliau masih belum tamat?

“Apakah beliau membuat keputusan sendiri atau ‘diarah’ berbuat demikian supaya kedudukan pengerusi itu boleh diganti dengan seorang yang ‘mesra’ kerajaan?” soal Syed Ibrahim.

Laporan media sebelum ini menyebut Azhar dikatakan meletak jawatan dan akan dicalonkan sebagai speaker Dewan Rakyat, menggantikan Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Malaysiakini telah menghubungi Azhar dan sedang menunggu maklum balasnya berkaitan laporan itu.

Sementara itu, Syed Ibrahim yang juga pengerusi PKR Johor berkata kedudukan Azhar sebagai pengerusi dan anggota pesuruhjaya SPR dijamin dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, peruntukan itu menyebut jawatan itu tidak boleh ditarik balik, ditukar atau dipecat melainkan dalam keadaan luar biasa dan tertentu.

Lihat Komen
ADS