Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai imigresen minta suapan RM3,000 ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pegawai imigresen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000.

Lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam kira-kira jam 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di Pejabat Imigresen Putrajaya itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu bagi meluluskan pelanjutan permit pekerja asingnya yang tamat tempoh.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS