Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shabudin Yahaya dilantik timbalan menteri JPM
Diterbitkan:  Jul 6, 2020 3:38 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

  • Di kemas kini dengan laporan penuh.

Anggota parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan parlimen.

Anggota parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Shabudin selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.

Shabudin akan menggantikan Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih portfolio timbalan menteri kerja raya susulan peletakan jawatan Dr Shahruddin Md Salleh.

Dr Shahruddin Md Salleh

Shabudin daripada Umno akan bergandingan dengan menteri PAS Takiyuddin Hassan yang juga anggota parlimen Kota Bharu.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia diadakan di hadapan agong pada hari ini.

Shahruddin meletakkan jawatan pada 4 Jun untuk “membetulkan kesilapan” kerana dilantik ke jawatan itu ketika era pentadbiran PH.

Peletakan jawatannya itu dibuat ketika pergolakan kuasa dalam Bersatu antara presidennya Muhyiddin dan pengerusi yang jawatannya dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad.

Lihat Komen
ADS