Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pembangkang tak diberi ruang namakan calon speaker parlimen'

Pembangkang harus diberi peluang menamakan speaker baru jika speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof ditolak dalam sidang Isnin depan.

Anggota parlimen Batu P Prabakaran justeru berkata tindakan Muhyiddin Yassin mengusulkan calon speaker baru pada hari sama dengan usul menggugurkan Ariff adalah tidak betul.

"Demokratik parlimen Malaysia memberi hak kepada pembangkang untuk menamakan calon speaker yang baru sekiranya jawatan tersebut kosong.

"Tapi, kami yang tidak dapat mencalonkan pilihan kami kerana notis pemberitahuan perlu diserahkan 14 hari sebelumnya untuk menamakan calon pilihan pembangkang.

"Bagaimana, kami nak buat notis pemberitahuan calon speaker dari blok pembangkang, sekiranya Muhyiddin sendiri selaku perdana menteri tidak pasti sama ada mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Maka, saya meminta Dewan Rakyat supaya mengadakan sesi lain iaitu sekurang-sekurang 14 selepas sekiranya Ariff dilucutkan jawatan," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut aturan mesyuarat yang dilihat Malaysiakini, Muhyiddin selaku perdana menteri membuat empat usul berhubung speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Empat usul tersebut masing-masing diletak sebagai usul nombor dua, tiga, empat dan lima.

Azhar dan Azalina

Muhyiddin mencadangankan (usul kedua) mengosongkan jawatan Mohamad Ariff selaku speaker.

Dalam usul ketiga beliau mencadangkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) Azhar Azizan Harun dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

Muhyiddin juga dalam usul keempat mencadangkan jawatan Timbalan Speaker Nga Kor Ming dikosongkan dan dalam usul seterusnya digantikan oleh ahli parlimen Pengerang Azalina Othman.

Prabakaran berkata, secara logiknya, usul pencalonan Azhar dan Azalina hanya boleh dibuat jika Muhyiddin mendapat sokongan cukup.

"Bagaimana, jika Muhyiddin tidak dapat majoriti? Itu soalan pertama.

"Yang kedua, pembangkang perlu diberi peluang mencalonkan pilihan mereka. 

"Dan ia hanya boleh (menamakan calon) dibuat sekiranya usul dilakukan terhadap Ariff dan Nga dibuktikan mempunyai majoriti," katanya.

Lihat Komen
ADS