Saintis: Bigfoot di Johor dipercayai nenek moyang kita
Makhluk misteri bigfoot yang dikatakan menghuni hutan di Malaysia mungkin dari keturunan satu suku kaum kuno Afrika homo erectus, kata seorang pakar alam sekitar.
Makhluk misteri bigfoot yang dikatakan menghuni hutan di Malaysia mungkin dari keturunan satu suku kaum kuno Afrika homo erectus, kata seorang pakar alam sekitar.
Makhluk tersebut mungkin merupakan evolusi dari 'homo erectus' sejak sekian lama di Malaysia, kata seorang ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Vincent Chow.
Homo erectus adalah makhluk yang masih hidup dan dipercayai nenek moyang manusia moden yang wujud sejak 400,000 hingga dua juta tahun lalu.
Chow yang menjalankan rusaha melobi kerajaan supaya mengkaji kewujudan bigfoot itu telah menerokai hutan di wilayah Selatan Johor untuk mengesan makhluk tersebut.
Menurutnya, kajian mengenai kewujudan bigfoot yang tidak pernah dibuktikan sebelum ini, akan dapat mendedahkan maklumat baru mengenai evolusi manusia.
"Evolusi tersebut mungkin telah menghasilkan spesis baru sejak beribu-ribu tahun lalu," kata Chow kepada AFP sambil menambah ia dapat memberi dimensi baru "dalam kajian terhadap asal-usul kita".
Chow berkata, pendapatnya itu berdasarkan kepada kesan-kesan tapak kaki dan cerita saksi-saksi dari orang asli dan juga pembalak di hutan berkenaan.
Kewujudan terancam
Beliau mengingatkan bahawa kewujudan makhluk berkenaan kini terancam kerja-kerja pembersihan kawasan hutan.
"Saya bimbangkan kesannya terhadap kewujudan makhluk tersebut. Makhluk itu telah hilang tempat tinggal semulajadi mereka. Banyak kawasan hutan telah dibersihkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit," katanya.
Laporan mengenai penemuan makhluk tersebut menjadi tajuk utama media Disember lalu dan telah menimbulkan minat yang mendalam di kalangan pakar hidupan liar asing.
Makhluk mitos tersebut dilaporkan dilihat di merata lain di dunia. Mereka dikenali sebagai bigfoot atau Sasquatch di Amerika Syarikat dan Kanada, dan yetis di Himalaya.
Chow berkata, bigfoot yang dilihat di Malaysia itu berukuran kira-kira tujuh hingga 12 kaki (2-3 meter) tinggi dan memburu babi hutan dan menangkap ikan di sungai.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.