Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Penularan tempatan kembali dengan 5 kes
Diterbitkan:  Jul 10, 2020 5:44 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Terdapat lima kes penularan tempatan Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi daripada keseluruhan 13 kes baru, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan warganegara melibatkan dua kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) yang telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak, dan satu kes saringan sebelum masuk kerja di Kuala Lumpur.

“Bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula, melibatkan dua kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dengan kedua-dua kes ini disaring semula, sebelum proses penghantaran balik ke negara asal,” kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya lagi.

Terdapat 12 pesakit pulih hari ini. Sementara itu, daripada lima kes penularan tempatan hari ini, tiga melibatkan rakyat Malaysia dan dua lagi bukan warga negara.

Kes warga Malaysia itu melibatkan dua individu dari Sarawak dengan masalah serius jangkitan pernafasan, manakala pesakit ketiga di Kuala Lumpur yang diuji positif ketika saringan untuk kembali bekerja.

Dua bukan warga negara itu pula merupakan tahanan di depot imigresen yang diuji positif pada ujia swab kedua sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Selanjutnya, Noor Hisham berkata, lapan kes lagi adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan enam warga negara dan dua bukan warga negara (pemastautin tetap).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS