Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun Morib dipilih timbalan speaker baru DUN Selangor

DUN S'GOR | Pemilihan wakil rakyat Amanah Hasnul Baharuddin itu selepas Dr Daroyah Alwi meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.

Adun Morib Hasnul Baharuddin dipilih sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang baru.

Ini selepas Dr Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa keluar PKR dan meletak jawatan sebagai timbalan speaker.

MB Selangor Amiruddin Shari mencalonkan Hasnul yang juga wakil rakyat Amanah sebagai timbalan speaker dan pencalonan itu disokong oleh Adun Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim.

Majlis angkat sumpah itu diadakan pada persidangan DUN Selangor hari ini di hadapan Speaker, Ng Suee Lim.

Persidangan DUN Selangor dijadual berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Julai.

Terdahulu, nama Hasnul yang dicadangkan sebagai Timbalan Speaker baharu tidak mendapat sebarang bantahan daripada kesemua 56 ahli dewan.

Lihat Komen
ADS