Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada hasrat gantikan sawit dengan buluh - menteri
Diterbitkan:  Jul 13, 2020 12:46 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Sedikit pertelingkahan berlaku di Parlimen hari ini, berhubung industri kelapa sawit dan industri buluh.

Ini berlaku apabila Hatta Ramli (Amanah-Lumut) bertanyakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali, sejauh manakah pihak kementeriannya serius untuk mengagantikan industri kelapa sawit dengan industri buluh.

“Kementerian tiada hasrat untuk menggantikan komoditi utama negara kepala sawit dengan buluh,” jawab Mohd Khairuddin.

Bahkan jelasnya, kerajaan mahu memperkasakan lagi industri sawit, selain turut memperkasa sektor buluh untuk menjadi komoditi pada masa hadapan.

Selepas jawapan itu, Hatta bangkit meluahkan rasa leganya apabila industri buluh itu katanya tidak lagi ditertawakan oleh pihak Perikatan Nasional (PN).

“Saya gembira pihak sebelah sana tak lagi mentertawakan industri buluh ini, yang cuba dipolitikkan dan ada yang bertanyakan spesis mana yang boleh digunakan untuk menjadi exhaust pipe (paip ekzos) kereta terbang,” kata Hatta.

Hatta Ramli 

Bagaimanapun Mohd Khairuddin membalas bahawa isunya adalah mengenai perbezaan pendekatan dan “cara menjawab” antara beliau dan Teresa Kok (DAP- Seputeh), yang merupakan bekas menteri industri utama.

“Itu barangkali merujuk kepada cara menjawab, bagaimana dikaitkan buluh dengan sawit.

“Adapun saya tegaskan sawit satu isu yang perlu kita perkasakan, dan buluh satu isu yang mesti kita perkasakan.

“Itu perbezaan pendekatan antara saya dengan Seputeh,” katanya lagi, merujuk kepada Kok.

Lihat Komen
ADS