Nazri: Saya serahkan pada Umno...
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerahkan kepada parti untuk memutuskan kedudukannya selepas sebuah Wanita Umno cawangan meluluskan resolusi mendesak beliau disingkir kerana bersikap biadap terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerahkan kepada parti untuk memutuskan kedudukannya selepas sebuah Wanita Umno cawangan meluluskan resolusi mendesak beliau disingkir kerana bersikap biadap terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tidak boleh campurtangan, ini adalah demokrasi. Mereka telah membuat pendirian mereka dan saya harap mereka akan menghantar resolusi tersebut epada Majlis Tertinggi (MT) dan biarlah MT memutuskannya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
MT adalah badan pembuat keputusan dalam Umno.
Nazri, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kecuali menegaskan beliau mempunyai hak untuk menjawab kritikan Dr Mahathir.
Jumaat lalu, Umno Wanita cawangan Lubuk Kawah dalam Bahagian Kubang Pasu, Kedah yang pernah dipimpin oleh Dr Mahathir sebulat suara meluluskan resolusi mendesak Nazri disingkirkan dari parti.
Sebelum itu, Nazri telah menuduh bekas Perdana Menteri itu cuba melemahkan kerajaan dan Umno. Beliau turut mencabar Dr Mahathir supaya menjadi 'seorang jantan dan keluar' daripada parti itu.
Risalah diterbitkan
Dr Mahathir telah membuat kritikan yang keras terhadap pentadbiran penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung beberapa isu seperti pembatalan projek jambatan, pengurusan Proton dan isu pengeluaran Permit Import (AP) kereta.
Walaupun Dr Mahathir telah menegaskan bahawa kritikannya itu tidak bersifat peribadi, tetapi beliau pernah menyuarakan sama ada beliau telah membuat pilihan yang salah apabila menamakan Abdullah sebagai penggantinya.
Abdullah, yang menggantikan Dr Mahathir pada 2003, enggan terbabit dalam perang mulut dengan bekas Perdana Menteri itu tetapi ramai pemimpin lama dan baru, telah menjawab membidaskan Dr Mahathir.
Dalam satu perkembangan berkaitan, kerajaan berkata, ia akan menerbitkan sebuah buku kecil untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.
Menteri Halehwal Pengguna dan Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, buku kecil itu yang dijangka disiapkan tidak lama lagi, akan diedarkan secara percuma.
Sabtu lalu, Dr Mahathir menggesa kerajaan supaya mendisklasifikasikan semula semua dokumen yang berkaitan dengan rundingan antara Malaysia dengan Singapura mengenai isu jambatan tersebut.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Akta Rahsia Rasmi tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan "Perkara yang tidak benar". Terjemahan


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.