Kerajaan Selangor mengharamkan kegiatan minum arak serta menghisap rokok dan vape di taman.
Exco kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata larangan itu telah dimasukkan dalam kesalahan Undang-undang Kecil Taman 2005 dan akan dikuatkuasakan serta-merta.
“Dengan pindaan Undang-undang Kecil Taman 2005 ini, maka negeri Selangor di bawah pimpinan PH bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang minum arak dan rokok di taman-taman permainan dan taman-taman rekreasi,” katanya.
Katanya, keputusan itu dibuat demi keselesaan dan kesihatan pengunjung, lebih-lebih lagi ketika penularan wabak Covid-19.
“Saban hari, gaya hidup yang sihat semakin menjadi amalan dan keutamaan rakyat Malaysia.
“Taman permainan dan taman rekreasi juga makin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah bersukan serta aktiviti kekeluargaan,” katanya.