Malaysiakini
BERITA

Dr M: Apa perlu parlimen, memadai kerajaan pintu belakang

Dr Mahathir Mohamad

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Jul 2020, 10:42 pagi

ULASAN | Kerajaan Malaysia harus dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas membelakangkan sistem pemilihan kerajaan Malaysia.

Sekarang dilihat kerajaan Muhyiddin ini tidak juga hormati aturan peraturan Dewan Rakyat.

Buat kali pertama Speaker (Yang diPertua) Dewan Rakyat disingkir atas sebab ada calon lain. Itu sahaja. Tidak ada apa pun kesalahan. Hanya kerana ada calon lain.

Mengundi menunjuk hanya dua orang kelebihan untuk singkir speaker. Dua orang sahaja. Jikalau ramai boleh kita katakan ramai yang tolak speaker ini.

Kemudian datang pengganti, tidak ada pemilihan. Pakai jubah dan berlagak sebagai speaker.

Ahli Dewan Rakyat tidak diberi hak memilih. Tidak pun beri hak bersuara.

Dalam Dewan Rakyat kehendak kerajaan mesti diterima oleh seluruh ahli.

Speaker pun mengurus. Speaker hentikan suara ahli dewan, jemput setiausaha menyatakan tajuk dan usul pun diterima. Pandangan ahli tidak dipedulikan.

Jika inilah caranya dewan bersidang, pembangkang tidak diperlukan. Apa sahaja usul kerajaan tetap diterima.

Apa perlunya parlimen. Memadailah sudah dengan adanya kerajaan, walaupun Kerajaan Pintu Belakang.


DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri Malaysia.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.