Malaysiakini
BERITA

Mahkamah tolak permohonan Najib nak ke parlimen esok

Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan

KES 1MDB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak supaya perbicaraan kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB berlangsung separuh hari esok.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian terhadap permohonan ahli parlimen Pekan yang meminta dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat sekitar jam 2 petang esok.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah telah memohon prosiding berlangsung separuh hari esok supaya tertuduh boleh hadir sidang parlimen untuk sesi soal jawab.

"Saya hargai beliau ada tugas untuk dilaksanakan, tetapi saya pun ada tugas untuk ditunaikan juga

"Kes ini akan bermula dari jam 9.30 pagi ke 4.30 petang esok," kata Sequerah.

[Berita penuh menyusul]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.