Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akaun FB dedah dakwaan ‘borak lucah’ ulama PAS disekat

Sebuah akaun Facebook atas nama “Alexander Pittsuwan Thomprason” yang sebelum ini mendedahkan dakwaan perbualan lucah seorang ulama PAS disekat minggu lepas.

Pemilik akaun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex mengesahkan akaunnya disekat daripada memuat naik status baru kerana melanggar terma dengan menggunakan kata-kata tidak senonoh.

"Ya, betul akaun saya disekat lebih seminggu yang lalu selama 30 hari.

"Alasan yang diberi adalah menggunakan kata-kata kesat," katanya kepada Malaysiakini.

"Memang bosan tidak menggunakan Facebook selama seminggu," tambah beliau lagi.

Alexander Pittsuwan Thomprason

 Facebook itu sebelum ini mendakwa seorang pemimpin PAS terlibat dalam perbualan lucah dengan seorang yang dikenali sebagai “Leena”.

Polis membuka kertas siasatan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (gangguan terhadap ketenteraman) dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).

Polis juga telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mendapatkan butir-butir pemilik akaun FB.

Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pemimpin PAS itu melalui panggilan telefon, perkhidmatan mesej dan media sosial dan masih menunggu maklum balasnya berkaitan dakwaan itu.

Portal ini tidak menamakan pemimpin itu sementara menunggu maklum balasnya.

Sementara itu, Alex sekali lagi menegaskan bahawa perbualan lucah oleh ulama PAS itu sebagai tidak palsu.

"Saya boleh pastikan perbualan lucah oleh ulama PAS itu benar. Tidak direka."

"Saya sedia ke mana-mana (mahkamah) untuk membuktikan," katanya.

Alex hampir setiap hari mendedahkan dakwaan perbualan lucah itu sedikit demi sedikit kepada warga maya.

Status terakhirnya dikesan enam hari lalu, yang antara lain menyentuh berkaitan fantasi seks Leena dan lelaki itu.

ADS