Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dr Phaik sebenarnya profesor madya wanita Malaysia pertama di Oxford'
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 7:04 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Dr Masliza Mahmod menjelaskan beliau bukan wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai profesor madya di universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau berkata, Dr Phaik Yeong Cheah merupakan wanita Malaysia pertama dinaikkan pangkat bagi jawatan berkenaan di universiti berprestij itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Masliza dilaporkan dinaikkan pangkat sebagai profesor madya bagi perubatan kardiovaskular di Jabatan Perubatan Radcliffe Oxford.

Sebaliknya, Masliza berkata Phaik dinaikkan pangkat bagi jawatan itu pada tahun 2016.

Phaik kini mengetuai Jabatan Bioetik dan Perhubungan di Unit Penyelidikan Perubatan Tropika Oxford (MORU) Mahidol, yang merupakan kerjasama antara Oxford dan Universiti Mahidol di Thailand.

Masliza menjelaskan perkara itu dalam catatan di media sosial beliau hari ini dan mengucapkan tahniah kepada Phaik serta mengatakan mereka bersama-sama "memastikan Malaysia berada di peta dunia"

"Telah saya ketahui bahawa Dr Phaik Yong Cheah menjadi profesor dalam bidang Bioetika dan Perhubungan di Universiti Oxford sejak 2016.

"Marilah kita mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjadi wanita Malaysia pertama yang mencapai (kedudukan) ini di Universiti Oxford.

"Bersama sebagai wanita Malaysia, kami akan terus memastikan Malaysia di peta dunia," katanya dalam catatan di Facebook, semalam.

Lihat Komen
ADS