Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja didakwa buat hubungan seks terhadap 2 kanak-kanak

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berdepan dua pertuduhan melakukan perhubungan seks terhadap dua orang anak saudara perempuan berusia empat dan tujuh tahun, di Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan hari ini.

Tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh didakwa melakukan perkara itu di sebuah rumah di Kampung Jeram B, Pasir Puteh kira-kira pukul 1 petang pada bulan Januari hingga 23 Jun lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang menyatakan, mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan apa-apa objek atau mana-mana bahagian badan, kecuali zakar ke dalam vagina atau dubur seseorang lain tanpa kebenaran orang lain itu hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath, manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Norasmawi Norani.

Sementara itu Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh membayar jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Lihat Komen
ADS