Anak penerbit drama polis ditahan positif dadah
Anak sulung penerbit drama bersiri popular kepolisan bergelar `Datuk', ditahan polis kerana disyaki menyalahguna dadah di sebuah disko di ibu negara awal pagi ini.
Anak sulung penerbit drama bersiri popular kepolisan bergelar `Datuk', ditahan polis kerana disyaki menyalahguna dadah di sebuah disko di ibu negara awal pagi ini.
Dia ditahan bersama 62 lagi pengunjung disko tersebut dalam operasi lima jam mulai jam 1.30 pagi tadi.
Anak sulung penerbit itu, berumur 22 tahun, juga merupakan pengarah sebuah drama bersiri, yang disiarkan setiap Jumaat di sebuah syarikat televisyen swasta.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Kamal Pasha Jamal berkata pemeriksaan air kencingnya didapati positif ganja.
Katanya, ujian air kencingnya telah diadakan sebanyak dua kali apabila anak penerbit tersebut tidak puashati dengan keputusan pertama ujian itu.
Positif dadah
Menurut laporan Bernama, Kamal Pasha berkata, anak penerbit tersebut juga bertindak tidak menghormati anggota polis yang memeriksanya bersama 636 pengunjung disko yang lain ketika operasi tersebut.
Katanya, anak penerbit itu bersama 62 lagi pengunjung disko itu ditahan polis siasatan lanjut setelah mereka didapati positif terlibat dalam dadah jenis ganja, candu, ecstasy dan syabu.
Seramai 28 daripada mereka adalah wanita, dan kesemua mereka yang ditahan berumur antara 22 tahun dan 40 tahun, katanya.
"Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.