Mengapa perkhidmatan Tan Sri Anuar di Suhakam tidak disambung
Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Annuar Zainal Abidin percaya perkhidmatannya sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak disambung kerana beliau tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Annuar Zainal Abidin percaya perkhidmatannya sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak disambung kerana beliau tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Dr Mahathir tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengumumkan hasil siasatan Suhakam mengenai perhimpunan 100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas pada November 2000 yang mengecam pihak polis kerana melanggar hak asasi manusia.
"Dr Mahathir tidak suka pada saya. Beliau telah (memberitahu pihak akhbar) bahawa siasatan tersebut dibuat mengikut standard Barat. Kemudian saya menjawab (melalui akhbar) bahawa saya tidak ikut standard Barat. Mungkin, itulah kesilapan saya.
"Saya rasa kita tidak perlu mengikut standard Barat untuk memutuskan sama ada menendang seseorang itu betul atau salah," katanya dalam satu wawancara ekslusif dengan malaysiakini baru-baru ini.
Anuar menuduh Dr Mahathir cuba melindungi pihak polis, sambil menambah, kerajaan mahu keputusan Suhakam itu tidak diumumkan.
"Mereka hanya mahu kita membuat keputusan dan serahkan secara senyap-senyap kepada pihak berkuasa kerajaan," katanya.
Anuar juga menggesa Suhakam supaya mengadakan siasatan awam terhadap kejadian berdarah Mei lalu di mana polis yang lengkap bersenjatakan cota dan perisau, bertindak membelasah orang ramai yang menyertai bantahan kenaikan harga minyak dan tarif elektik di KLCC, mengakibatkan dua orang cedera parah.
Walaupun menerima aduan daripada pelbagai pihak, Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Othman berkata, suruhanjaya itu akan menunggu hasil siasatan dalaman polis dan sama ada ada pihak yang akan didakwa dalam kejadian tersebut, sebelum memutuskan untuk mengadakan siasatan tersebut. Berita asal

