mk-logo
Berita
Amaran tutup kedai bagi pemilik restoran ingkar penjarakan sosial- Ismail

Mana-mana pemilik dan pengunjung premis makanan yang tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas termasuk premis itu akan ditutup.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri berkata ini kerana masih terdapat pengusaha yang tidak mengendahkan SOP berkenaan sehingga menimbulkan kluster baharu di restoran makanan.

“Oleh sebab itu, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemilik ataupun pengusaha kedai makan dan restoran serta pengunjung yang gagal mematuhi peraturan dan SOP sama ada kompaun, tindakan mahkamah atau pun penutupan restoran," katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan penjarakan sosial perlu dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha kedai makanan serta restoran dan kelonggaran telah diberikan mengikut saiz meja dan juga keluasan premis.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 19 Julai mengesahkan wujud satu kluster baharu Covid-19 yang telah dikesan di sebuah restoran di Brickfields di ibu negara.

Hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah mendapati dua kes dikesan positif dalam kluster itu melibatkan dua bukan warganegara iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster itu (iaitu kes ke-8,666) dan kontak rapat kes itu.

Seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring dan punca masih disiasat.

- Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini