Khalid Ibrahim dilantik bendahari baru PKR
Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Bendahari Agung baru Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam satu kenyataannya hari ini bahawa perlantikan itu berkuatkuasa serta-merta.

Khalid juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau adalah antara pengasas PNB dan telah memajukan institusi pelaburan bumiputera itu menerusi beberapa skim saham amanah termasuk Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Khalid meninggalkan PNB pada Julai 1994 untuk menyertai kumpulan Guthrie.
Beliau mempunyai kelayakan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Queensland.
Khalid dilantik menggantikan Abdul Rahman Othman yang meletakkan jawatan "kerana hilang keyakinan terhadap corak perjalanan pengurusan PKR".
Abdul Rahman dilantik sebagai bendahari PKR Mac tahun lalu.
Beliau yang masih kekal sebagai ketua PKR bahagian Muar, mendakwa pelbagai bentuk kelemahan pengurusan berlaku dalam parti sejak kebelakangan ini hingga pucuk pimpinan PKR mengabaikan asas utama pembentukan parti.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.