Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Garis panduan baru lesen jual arak DBKL ambil kira faktor sensitiviti - Annuar
Diterbitkan:  Jul 28, 2020 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

PARLIMEN | Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan garis panduan baru berkenaan lesen penjualan arak, termasuk sensitiviti dan tempoh ia dibenarkan.'

Menterinya Annuar Musa memberitahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menyiapkan garis panduan baru itu pada awal Ogos ini dan lembaga pelesenan akan bersidang untuk memutuskan kaedah yang bersesuaian dengannya.

Terdahulu Annuar menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta Kementerian Wilayah Persekutuan menyatakan rasional di sebalik keputusan DBKL menggantung pengeluaran lesen arak.

Wong juga meminta kementerian berkenaan menjelaskan bilakah pengeluaran lesen penjualan arak akan disambung semula.

Menurut Annuar soalan dikemukakan Wong itu tidak tepat kerana lese penjualan arak bukannya digantung sebaliknya dibekukan sementara.

"Seperti yang sedia maklum, muktakhir ini timbul keresahan orang ramai berpunca daripada beberapa peristiwa akibat pemandu dikatakan mabuk dan mengancam nyawa sehingg menyebabkan kematian.

"Dari situ kita terima banyak pandangan daripada orang ramai, NGO dan parti politik bahawa peristiwa itu dikaitkan dengan beberapa perkara, termasuk soal pelesenan, kaedah mengeluarkan lesen, waktu arak dijual, kepada siap dijual dan sebagianya," kata Annuar.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kemudian bangkit untuk bertanyakan soalan tambahan sama ada kerajaan bercadang mengehadkan atau tidak penjualan arak dalam kawasan majoriti orang Islam.

Annuar menjelaskan penjualan minuman keras memang semakin longgar, justeru kerajaan mahu garis panduan baru dikeluakan untuk mengawalnya.

"Semua aspek akan diambil kira (termasuk) sensitiviti sesuatu kawasan, waktu penjualan, premis yang menjual - perlu disiapkan garis panduan supaya ia menjadi lebih teratur, lebih kemas tanpa menghalang hak sesisapa yang ingin melibatkan diri membeli atau meminum arak," katanya.

Tambah Annuar menjadi tanggungjawab DBKL menentukan sesuatu lesen penjualan arak dikeluarkan dengan begitu mudah tanpa mengambil kira faktor yang berkaitan.

"Apa yang akan dilakukan pada awal Ogos nanti, ahli lembaga terbabit akan diberi garis panduan yang jelas. Mereka tak boleh secara mutlak, sesuka hati keluarkan lesen tanpa garis panduan yang lebih jelas," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS