Kongres Nasional PRM 16 Julai ini
Kongres Nasional Ke-38 Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan berlangsung di Dewan Mesyuarat 1, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini.
Kongres Nasional Ke-38 Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan berlangsung di Dewan Mesyuarat 1, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini.
Menurut kenyataan parti tersebut, kongres kali ini adalah penting di mana para perwakilan dan ahli-ahlinya akan menentukan ideologi dan halatuju perjuangan PRM pada masa hadapan."
Kenyataan akhbar tersebut dikeluarkan bersama oleh Timbalan Presiden PRM Razak Khalifa dan Naib
Presiden Koh Swe Yong.
PRM dikendalikan oleh ahli parti itu yang tidak menyertai gabungan PRM-Keadilan beberapa tahun lalu.
Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali turut menyertai gabungan tersebut Parti Keadilan Rakyat dan kini memegang jawatan timbalan presiden.
Sebaliknya, mereka tidak mahu PRM dibubarkan berikutan penggabungan tersebut, dan terus menerajui kehingga ke hari ini.
Teruskan perjuangan
Menurut kenyataan tersebut, PRM ditubuhkan pada 11 November 1955. Pengasas PRM adalah para pejuang kemerdekaan seperti Ahmad Boestaman, Pak Sako, Dr Burhanuddin Al Helmi dan Tajuddin Kahar.
Bagaimanapun, katanya, mereka sentiasa ditekan dan dipenjarakan oleh pemerintah. Pejuang-pejuang kemerdekaan ini telah mempelopori gerakan kemerdekaan sejak tahun 1930-an.
"Pejuang kemerdekaan PRM ini juga sejak awal-awal lagi telah mengasaskan perjuangan untuk mendirikan satu sistem pengagihan dan penggunaan sumber- sumber alam yang saksama dan adil di Negara ini.
"Parti Rakyat Malaysia masih wujud sebagai parti politik yang berdaftar dan tidak pernah dibubarkan seperti tanggapan orang ramai."
"PRM sekarang dibawah kepemimpinan baru yang dilahirkan dalam Kongres Nasional Khas PRM yang diadakan di Johor Baru pada 17 April 2005.
"Kepemimpinan baru PRM berikhtiar untuk meneruskan tradisi perjuangan rakyat ini," tambah kenyataan tersebut.
Kira-kira 100 wakil dan ahli PRM akan menghadiri Kongres PRM kali ini. Parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) juga dijemput untuk menghadiri pembukaan Kongres PRM

