S'pura tarik balik larangan terhadap Param
Peguam Param Cumaraswamy dan aktivis alam sekitar Gurmit Singh kini dibenarkan memasuki Singapura selepas republik tersebut menarik balik larangan terhadap mereka pada 29 Jun lalu.
Peguam Param Cumaraswamy dan aktivis alam sekitar Gurmit Singh kini dibenarkan memasuki Singapura selepas republik tersebut menarik balik larangan terhadap mereka pada 29 Jun lalu.
Larangan tersebut dikenakan hampir dua dekad lalu kerana mereka membantah penahanan 22 orang yang didakwa kumpulan fahaman Marxis.
Menurut laporan The Straits Times, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura telah menarikbalik larangan terhadap Param (foto) dan Gurmit pada 29 Jun lalu.
Bernama yang memetik laporan akhbar tersebut berkata, ICA bagaimanapun tidak menyatakan sebab larangan itu ditarikbalik.
Param dan Gurmit adalah antara empat rakyat Malaysia yang dilarang masuk ke Singapura pada Oktober 1987 kerana mereka dikatakan mencampuri hal-ehwal dalaman negara itu.
Dr Chandra Muzaffar
Larangan terhadap dua orang lagi aktivis, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar dan aktivis sosial Jomo K. Sundram masing-masing telah ditarikbalik pada Oktober 2003 dan November 2004.
Di bawah undang-undang imigresen Singapura, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh melarang seseorang itu daripada memasuki republik tersebut atau membenarkannya datang dalam tempoh masa yang terhad pada setiap lawatan.
Param dilaporkan berkata, keputusan itu "mencerminkan satu penghormatan besar untuk hak asasi manusia dalam rantau Asean sekarang".
Gurmit yang kini Pengarah Eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan, Malaysia (Cetdem) berkata larangan yang ditarikbalik itu bukanlah "sesuatu yang dibanggakan".
"Ia benar-benar menyusahkan kerana saya terpaksa menolak jemputan untuk berucap di Singapura," menurut beliau dalam laporan tersebut.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.