Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR tuntut RM10 juta dari Azmin, Zuraida, wakil rakyat lompat parti
Diterbitkan:  Jul 29, 2020 12:45 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

PKR telah mengarahkan peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan bagi menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap 20 anggota Parlimen dan Adun yang keluar parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Bendahari PKR Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menyenaraikan senarai yang dikatakan akan menerima surat tuntutan itu, yang melibatkan anggota Parlimen dan Adun keluar parti yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran PH di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.

"Parti menuntut sejumlah RM10 juta daripada setiap mereka. Ia adalah pampasan yang telah dipersetujui mereka jika keluar parti dan menggunakan kerusi mereka untuk kepentingan sendiri dan berlawanan dengan kepentingan parti.

"Surat tuntutan menyatakan mereka perlu membayarnya dalam masa tujuh hari. Jika mereka gagal berbuat demikian, parti telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan selanjutnya terhadap mereka," katanya lagi.

Menurut laporan sebelum ini, jumlah pampasan RM10 juta itu dinyatakan dalam dokumen yang ditandatangani mereka yang menjadi calon PKR dalam PRU14.

Ketika ditanya mengapa Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin - yang turut keluar parti - tiada dalam senara, Lee brkata pihaknya sedang menyediakan dokumen yang diperlukan.

Berikut adalah senarai anggota Parlimen dan Adun yang dinamakan Lee:

  • Mohamed Azmin Ali (MP Gombak)
  • Zuraida Kamaruddin (MP Ampang)
  • Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota)
  • Kamaruddin Jaffar (MP Bandar Tun Razak)
  • Mansor Othman (MP Nibong Tebal)
  • Rashid Hasnon (MP Batu Pahat)
  • Santhara Kumar (MP Segamat)
  • Ali Biju (MP Saratok)
  • Jonathan Yasin (MP Ranau)
  • Baru Bian (MP Selangau)
  • Dr Chong Fat Full (Adun Pemanis)
  • Muhammad Jailani Khamis (Adun Rembia)
  • Abdul Yunus Jamahri (Adun Kuala Krau)
  • Muhammad Hilman Bin Idham (Adun Gombak Setia)
  • Azman Nasrudin (Adun Lunas)
  • Dr Robert Ling Kui Ee (Adun Sidam)
  • Haniza Mohamed Talha (Adun Lembah Jaya)
  • Daroyah binti Alwi (Adun Sementa)
  • Zulkifli Ibrahim (Adun Sungai Aceh)
Lihat Komen
ADS