Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakyat boleh mohon kredit RM50 ePenjana mulai hari ini
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Mulai hari ini, mereka yang layak boleh memohon untuk mendapat RM50 kredit ePenjana di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) bernilai RM750 juta,

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.

Katanya, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera.

Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan

“Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera.

“Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet tersebut, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang RM100,000 setahun,” katanya.

Program itu bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar dan atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana yang bermula hari ini adak ditutup pada 24 September, 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePenjana adalah sehingga 30 September, 2020.

“Pemohon disaran memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-Dompet yang berkenaan, dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePenjana yang lancar di kedai-kedai mereka.

“Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan ePenjana, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go e-Dompet.

"Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih,” katanya.

Lihat Komen
ADS