Denda minimum RM3,000 tidak bawa MyKad dihapuskan
Denda minimum RM3,000 yang dikenakan kepada mereka yang tidak membawa MyKad akan dihapuskan, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Denda minimum RM3,000 yang dikenakan kepada mereka yang tidak membawa MyKad akan dihapuskan, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Beliau berkata berikutan penghapusan kadar denda minimum itu, jumlah denda yang akan dikenakan kepada pesalah terbabit akan ditentukan oleh mahkamah.
Radzi memberitahu pemberita demikian selepas berucap di perhimpunan bulanan dan melancarkan kempen amalan budi bahasa warga kementerian itu di Putrajaya pagi ini.
Menurut laporan Bernama, Radzi berkata Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) di bawah Perkara 25 (1n) akan dipinda bagi memberi laluan kepada penghapusan denda minimum itu.
Menurut peraturan itu, individu yang didapati bersalah tidak membawa MyKad boleh didenda antara RM3,000 dan RM20,000 jika sabit kesalahan.
Radzi berkata, melalui pindaan yang akan dibuat menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kadar denda maksimum bagaimanapun dikekalkan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.