Malaysiakini
BERITA

M'sia, S'pura terbit protokol perjalanan rentas sempadan

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Ogs 2020, 4:03 petang

Malaysia dan Singapura hari ini menerbitkan syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan berhubung skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.

Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.

Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam Covid-19 yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara termasuk menjalani ujian calitan Reaksi Rantai Polimerase (PCR).

Selepas tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut di negara di mana mereka bekerja, mereka boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.

Mereka kemudian boleh kembali ke negara di mana mereka bekerja untuk meneruskan pekerjaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lagi tiga bulan berturut-turut.

Untuk maklumat terperinci, rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengakses pautan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysian dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di laman web masing-masing.

Berikut ialah pautan tersebut:

https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangement.html

https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangement.html

https://safetravel.ica.gov.sg/malaysia/rgl/requirements-and-process

https://safetravel.ica.gov.sg/malaysia/pca/overview

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.