Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hanya 'kosmetik'- Kerajaan batal RUU Jerebu Rentas Sempadan
Diterbitkan:  Aug 3, 2020 11:02 PM
Dikemaskini: 4:07 PM

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan meneruskan cadangan Rang Undang-undang Jerebu Rentas Sempadan yang antara lain bertujuan menghukum syarikat Malaysia di luar negara yang menyumbang kepada masalah jerebu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan sebaliknya akan bekerjasama dengan negara Asean lain untuk mengatasi masalah itu.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini merancang RUU berkenaan selepas beberapa syarikat Malaysia dipersalahkan oleh pemerintah Indonesia kerana menyebabkan jerebu.

Bercakap di Dewan Rakyat petang ini, Tuan Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu penyelesaian "kosmetik" yang tidak dapat mengatasi masalah itu.

Beliau juga mengatakan bukti syarikat terbabit yang menjadi punca masalah jerebu juga sukar diperoleh.

"Bukti seperti maklumat pemilik tanah, peta, koordinat lokasi aktiviti pembakaran hutan dan tanah takkan dikongsingkan oleh negara (yang menjadi) punca jerebu dengan negara lain.

"Ini memandangkan ia mempunyai implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara pengguna," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, kabinet memutuskan perkara itu pada 24 Julai lalu selepas mempertimbangkan pengalaman Singapura dengan undang-undang yang serupa dan maklum balas daripada para pakar undang-undang termasuk Jabatan Peguam Negara.

Mengulas perkara itu, Yeo Bee Yin yang juga merupakan bekas menteri alam sekitar berkata kerajaan tidak boleh 'menyalin' undang-undang jerebu rentas sempadan Singapura sekiranya ia tidak berkesan.

"Kita harus mencari solusi kepada masalah itu, bukan masalah kepada solusi," katanya.

Undang-undang jerebu rentas sempadan Singapura, yang dilaksanakan pada tahun 2014 dikritik kerana dikatakan tidak efektif dan sehingga kini tiada syarikat dihukum.

Namun, pakar berkata kerajaan Malaysia boleh menggubal undang-undang yang berbeza dengan Singapura untuk memudahkan kerjasama yang lebih baik dengan negara yang mengalami masalah jerebu.

Dr Hanim Kamaruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menyarankan kerajaan memasukkan peruntukan luar wilayah dalam akta sedemikian untuk memperluas jangkauan undang-undang di luar sempadan Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS