MAS terima durian runtuh RM650 juta
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima bayaran RM650 juta daripada syarikat induknya ekoran penamatan awal operasi perkhidmatan penerbangan domestiknya.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima bayaran RM650 juta daripada syarikat induknya ekoran penamatan awal operasi perkhidmatan penerbangan domestiknya.
Menurut MAS, syarikat penerbangan itu telah memeteraikan perjanjian dengan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) semalam, berhubung perkara tersebut.
"PMB akan membayar RM650 juta kepada MAS berikutan cadangan tersebut...," kata MAS dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia.
Sebelum ini, akaun untung-rugi bagi perniagaan dalam negeri ditanggung oleh kerajaan melalui PMB.
Tampung kos
MAS berkata, perjanjian penamatan awal tersebut mungkin berkuatkuasa pada 1 Ogos ini apabila dasar rasionalisasi penerbangan domestik dikuatkuasakan, atau pada tarikh yang lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Syarikat penerbangan itu berkata, wang berkenaan akan digunakan untuk menampung kos yang terbabit dalam pengurangan tenaga kerjanya.
Minggu lalu, MAS mengumumkan akan mengurangkan 6,500 daripada 23,000 tenaga kerjanya serta turut mengurangkan jumlah pesawatnya daripada 40 kepada 21 buah sahaja, selepas mengalami kerugiaan AS$350 juta. Terjemahan

