Fernandes masih kuasai AirAsia
Datuk Tony Fernandes akan memastikan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan terus dimiliki oleh rakyat Malaysia dan tidak akan menjual sahamnya kepada syarikat pelaburan Singapura, Temasek holdings.
Datuk Tony Fernandes akan memastikan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan terus dimiliki oleh rakyat Malaysia dan tidak akan menjual sahamnya kepada syarikat pelaburan Singapura, Temasek holdings.
Beliau yang mempunyai pegangan majoriti dalam Tune Air yang memiliki 40 peratus saham AirAsia, dilaporkan berkata, 51 saham syarikat penerbangan itu akan dikuasai pelabur tempatan.
Pada masa yang sama, Fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata, tidak ada apa yang boleh menyekat Temasuk daripada membeli saham AirAsia melalui urusan biasa pasaran saham.
"Mereka bebas untuk membeli saham kita di pasaran. Kita tidak boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian, tetapi kita tidak akan menjual saham yang kita miliki sekarang.
"AirAsia adalah sebuah syarikat Malaysia dan kami berhasrat untuk kekal begitu," kata Fernandes dalam laporan akhbar New Straits Times.
Temasek merupakan syarikat pelaburan terbesar di Asia dengan portfolio pelbagai pelaburan berjumlah S$103 bilion (AS$65 bilion).
Harga saham merosot
Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan melaporkan, Temasek, yang kini memiliki lima peratus saham AirAsia, sedang berusaha menambah pegangannya. Pada masa ini, kira-kira 45 peratus saham AirAsia dimiliki pelabur asing.
Saham AirAsia terjejas sejak Isnin lalu selepas Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengumumkan yang kerajaan telah membenarkannya semula untuk memberi diskaun bagi tambang penerbangan domestik.
Harga saham AirAsia terus merosot jatuh11 sen pagi kepada RM1.37.
AirAsia dilancarkan sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah pada December 2001 dengan hanya menggunakan perkhidmatan dua pesawat ketika itu. Kini ia menawarkan lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa ke Thailand, Indonesia, Singapore, Cambodia, Vietnam dan Filipina.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.